Monday, November 29, 2010

Apa yang anda perlu tahu tentang emas

Tak luput dek hujan tak lekang dek panas, itulah pepatah yang begitu sinonim dengan perhiasan emas yang sentiasa menjadi pujaan dan buruan dikalangan peminatnya walaupun masa telah merentasi zaman dan generasi berabad-abad lamanya. Dengan mengenakan perhiasan emas, si pemakainya kelihatan anggun dan menawan. Ia juga melambangkan status kehidupan si pemakainya. Kini tidak lagi ramai yg memakai perhiasan dari emas kemana-mana memandangkan perubahan zaman dan faktor keselamatan, sebaliknya beralih kepada koleksi kemegahan peribadi.

Emas boleh dimanipulasi oleh tukang emas dengan apa cara pun yang di ingini bergantung kepada kepakaran dan kemahirannya. Emas boleh dibentuk dengan berbagai bentuk, ia tidak mudah patah walaupun sebesar helaian rambut. Tahukah anda? satu auns emas boleh ditempa menjadi lembaran tipis ultra seluas sepuluh kaki persegi. Sifat emas tulen tidak terjejas atau sebam dengan elemen lain, tetapi tidak seperti logam-logam lain yang boleh menghasilkan residu dan berpindah ke kulit pemakainya sebagai daki atau kotoran. Biasanya ia menjadi masaalah bagi orang yang mempunyai alergi atau alahan logam yang digabungkan dengan emas, tetapi perlu difahami bahawa emas itu sendiri sebenarnya tidak mendatangkan masalah.

Apakah Mutu Perhiasan Emas Anda?

Adakah cincin di jari anda ditandakan 916, 950, 14K atau 18K? Untuk pengetahuan anda nombor menunjukan peratus kandungan emas tulen dan K mewakili karat, 1 karat bersamaan 200 mg, Semakin tinggi nombor karat, bermakna semakin tinggi kandungan emas dalam perhiasan emas anda seperti dibawah.

Standard Emas Malaysia
999 - 24K
950 - 23K
916 - 22K
875 - 21K
835 - 20K
750 - 18K
585 - 14K
375 - 9K
Emas di Malaysia lebih popular seperti bawah
1) Emas 10 atau 999 - 24K - 99.9% kandungan emas
2) Emas 950 - 23K - 95.4% kandungan emas
3) Emas 916 - 22K - 91.6% kandungan emas

* 24k gold, adalah emas tulen.
* 18K gold, mengandungi 18 bahagian emas dan 6 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 75% emas.
* 14k gold, mengandungi 14 bahagian emas dan 10 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 58,3% emas.
* 12k gold, mengandungi 12 bahagian emas dan 12 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 50% emas.
* 10K gold, mengandungi 10 bahagian emas dan 14 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 41.7% emas. (10K emas karat adalah kandungan minimum yang boleh disebut "emas" di Amerika Syarikat).

Tanda Mutu bagi Negara Eropah
Perhiasan emas Eropah ditandakan dengan nombor-nombor yang menunjukkan peratusan kandungan emas mereka, seperti dibawah:
* 18K gold, ditandakan 750 untuk menunjukkan 75% emas
* 14K gold, ditandakan 585 untuk menunjukkan 58.5% emas
* 10K gold, ditandakan 417 untuk menunjukkan 41.7% emas

Tanda-tanda lain pada Perhiasan Emas
Selain dari tanda karat pada perhiasan emas anda, ia juga perlu disertai dengan tanda atau cop dagangan untuk mengenal pasti pembuatnya. Tanda negara asal barangan mungkin juga akan disertakan.

Di kebanyakan negara di dunia undang-undang menghendaki setiap barang kemas secara jelas dicop dengan simbol karat. Ia sering dikawal melalui sistem "Hallmarking" yang berasal dari London di "Goldsmiths' Hall" mulai abad ke 14. Hari ini "Hallmarking" adalah diwajibkan di Belanda, Mesir, Britain, Peranchis dan Bahrain. Jika tiada undang-undang yang mengawalnya, pengilang akan sewenang-wenangnya mengecop sendiri barang kemas mengikut cop tanda perusahaan mereka termasuk karat dan ketulenan.

Hallmark ialah satu tanda atau beberapa siri tanda dicetak pada logam berharga seperti platinum, emas, perak dan di sesetengah negara, palladium.
Hallmark sering disalah ertikan dengan perkataan trademark. Hallmark ialah satu tanda rasmi yang mengesahkan ketulenan sesuatu logam, trademark pula adalah pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan dan membuat sesuatu produk.
Common Control Mark atau CCM yang biasa dilihat pada emas, perak & platinum.

Mengapa Emas di Campur Dengan Logam Lain?
Emas tulen tidak praktikal dan tidak sesuai untuk dipakai sehari-hari kerana lembut, ia perlu dicampur dengan logam lain supaya lebih keras dan tahan lasak. Menambahkan logam lain sebagai campuran “metallurgists” membolehkan anda menukar warna emas. Paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta emas putih. Menambahkan tembaga menghasilkan warna mawar atau merah muda.

Emas diguna Sebagai Salutan (Coating)

Berbagai kaedah mekanikal digunakan untuk menerapkan lapisan emas kepada logam selain emas supaya sesuatu barang kemas itu menjadi jauh lebih murah. Semakin tebal lapisan emas disalutkan, bemakna semakin tahan lama dan sukar logam di dalamnya terdedah disebabkan hakisan.

Kandungan Emas Dalam Barang Kemas
Kebanyakan barang-barang kemas baru telah ditanda yang menunjukkan berapa banyak dan apa jenis emas digunakan untuk salutan. Contoh yang ditulis 1/20 12k GF bermaksud bahawa perhiasan tersebut 1/20 berdasarkan berat emas 12k.

Emas diguna Sebagai Saduran (Plating)

Saduran emas adalah proses yang menggunakan kaedah elektrolisis. Lapisan emas pada barang kemas yang menggunakan kaedah saduran biasanya lebih nipis berbanding dengan emas dalam bentuk emas salutan, mungkin anda pernah terdengar istilah-istilah seperti mencuci emas atau mengilatkan barang kemas secara percuma setahun sekali apabila membeli barangan kemas mereka, ini menggambarkan lapisan emas yang disadurkan sangat tipis dan tidak bermanfaat atau tahan lama dan perlu di sadur semula.

Jadi, Apa yang Harus Anda Beli?
Emas tumpat (Solid gold) adalah tahan lama, ia merupakan pilihan yang terbaik untuk perhiasan anda. Jenis salutan atau saduran yang mungkin menyebabkan reaksi alergi atau alahan. Jika anda mempunyai alergi terhadap nikel atau logam lain, pilihlah yang mempunyai kandungan emas, seperti emas 18K atau 22k. Emas tumpat senantiasa mempunyai nilai samaada belian, jualan atau gadaian. Walau bagaimanapun ianya tetap bergantung kepada kemampuan kewangan anda.

Tuesday, November 23, 2010

Perbandingan Emas Pelaburan di Malaysia

Kali ini saya nak bawakan kepada kawan-kawan semua berhubung dengan perbandingan antara emas-emas pelaburan di Malaysia yang telah dibuat oleh saudara ZAKARIA ISMAIL aka POKYA (putremas.com). Sebelum daripada ini kami pernah keluarkan artikel (link) berhubung dengan perkara tersebut tetapi tidak sedetail yang dikeluarkan oleh POKYA kita ni. Tapi kawan-kawan kena ingat, ni maklumat ini bukan nak kondem sapa-sapa tapi hanya perbandingan dan bacaan umum sahaja bagi sesiapa yang mula nak berjinak-jinak dengan emas. So saya petik balik tulisan POKYA sebagaimana berikut:
----------------------------------------------------------------------------->
MONDAY, JANUARY 4, 2010

Perbandingan Emas Pelaburan di Malaysia

Terdapat beberapa pembaca yang mahu saya catatkan sedikit analisis berkenaan untung / rugi membeli emas di kedai emas atau di tempat-tempat lain. Berikut ialah sedikit rumusan yang dapat dibuat.

Kijang Emas
  • Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu
  • Spread 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%)
  • Tidak boleh lock harga
  • Tidak boleh booking
  • Perlu dapatkan sendiri di Maybank
  • Stok sering habis
  • Tidak beli semula jika tercalar
OUB
  • Boleh dibeli di OUB Utama sahaja
  • Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
  • Perlu dapatkan sendiri di OUB
  • Stok selalu habis
  • Mesti bawa resit asal masa jual balik
  • Tidak boleh buka sarung
Pamp Suisse
  • Boleh dibeli di kedai emas tertentu
  • Spread antara 10%-30% mengikut kedai
  • Buka sarung tolak harga
Bunga Raya
  • Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja
  • Spread 15%-25%
  • Buka sarung tolak harga
Barang Kemas
  • Boleh dibeli di mana-mana kedai emas
  • Harga tinggi berbanding pasaran
  • Spread 20%-40%
Dinar Emas Kelantan
  • Boleh dibeli melalui ejen berdaftar atau orang perseorangan - link
  • Stok terhad dan selalu kehabisan
  • Spread 10%-15%
Public Gold & Public Dinar
  • Boleh dibeli daripada mana-mana ejen
  • Spread 5%-6% sahaja
  • Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama
  • Boleh booking dan lock harga
  • Dinilai oleh assayer emas bertauliah
  • Disertakan dengan Certificate of Authenticity
  • Timbangan berat emas adalah 100% dijamin tulen (boleh rujuk Bank Rakyat / Agro Bank)
- TOKEY EMAS -

Dinar emas

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam.

Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar. Dinar emas telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya.

Dr Mahathir bin Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah melihat kebaikan dinar emas untuk digunakan sebagai wang seragam dan sama nilai sejak 2003 lagi. Tetapi pada ketika gagasan ini agak baru, di pandang remeh dan dilihat sebagai saingan dan meniru euro dolar di Eropah.

Dinar emas disasarkan kepada negara-negara Islam yang menyertai OIC. Dinar emas diharap menjadi mekanisme pasaran global yang dapat mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Negara-negara Islam yang banyak mengeksport petroleum diharap dapat menjayakan wawasan murni yang pernah digunakan oleh Rasulullah.

Republik Turki yang diketuai Mustafa Kamal Ataturk telah membatalkan penggunaan dinar emas sebagai mata wang dan menukarnya dengan syiling dari barat pada 1924.

Justify Full

Dalam Al Quran dan Hadis

Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Al Quran :

"Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya". (Surah Ali Imran : 75)
"Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja..." (Surah Yusuf:20)



Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW:

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)

Kebaikan

  • Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.
  • Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.
  • Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
  • Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
  • Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.
  • Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.
  • Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.
  • Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.
  • Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.
  • Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya.
  • Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan.
  • Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.
  • Semasa Perang Vietnam 1969-1975, Amerika Syarikat dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan. Wang kertas dolar ini dilarang masuk ke Amerika Syarikat semula.

Perbandingan

Dolar Amerika diterima di kebanyakan negara terutama di negara-negara sedang membangunan tetapi harga pasarannya tidak menentu dan berubah-ubah dengan cepat. Ada dakwaan mengatakan mata wang ini dicetak dengan jumlah yang banyak di luar negara Amerika tetapi tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara Amerika sendiri.

Euro Dolar telah dilaksanakan di 21 buah negara ahli Kesatuan Eropah dan setakat ini menampakkan kejayaan untuk menstabilkan harganya.

Penggunaan

  • Pada 2003 Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan wang emas yang dikilang oleh The Royal Mint.
  • 20 September 2006 Kerajaan Negeri Kelantan telah menjual kepingan-kepingan dinar yang dibuat daripada emas tulen 22 karat (4.25 gram).
  • Di Tanah Melayu, kerajaan Kelantan pernah membayar ufti kepada Siam di Ligor. Ufti ini dalam bentuk bunga-bunga yang diukir daripada emas.
  • Kerajaan Melayu Melaka juga dikatakan pernah membayar ufti kepada Siam dan China. Ufti ini dalam bentuk pokok bunga daripada emas.

Kekangan

  • Perjanjian perdagangan antarabangsa menghalang penggunaan emas dan perak sebagai mata wang.
  • Kekurangan kemahiran teknikal untuk mementukan nilai emas. Nilai emas juga turun dan naik mengikut harga pasaran semasa. Ada emas palsu dan emas celup yang terdedah kepada unsur-unsur penipuan.
  • Dinar emas mampu menyaingi sistem monetari konvensional.
  • Kononnya dinar emas berat berbanding syiling semasa. Jika jumlah yang banyak, ia mudah terdedah kepada rompakan, dileburkan dan tidak dapat dikesan lagi.
  • Jumlah kepingan dinar emas di dalam pasaran tidak dapat dipastikan kerana banyak bengkel boleh mencairkannya untuk dijadikan barang perhiasan.
  • Dinar emas tidak dapat dibawa keluar negara dan nilainya sukar ditentukan kerana tidak menjadi satu kelaziman di peringkat antarabangsa, jika dibandingkan dengan dolar Amerika.
  • Perkembangan semasa menunjukkan wang kertas dan wang syiling telah diganti dengan cek dan kad kredit dan lain-lain 'wang maya'.

Cadangan

Dinar emas boleh dimulakan oleh masyarakat di Malaysia dengan beberapa cara permulaan iaitu :

  1. simpanan harta dalam bentuk dinar emas
  2. mas kahwin
  3. membayar zakat
  4. pemberian hadiah
  5. sedekah kepada fakir miskin dan anak yatim
  6. harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu
  7. upah kepada perkhidmatan
  8. sumbangan tertentu

Monday, November 22, 2010

MEMBELI EMAS ADALAH PELABURAN TERBAIK

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Saya harap anda semua sihat dan ceria, renungkan sebentar dan mulalah membuat penilaian yang positif…

DALAM KEADAAN EKONOMI DUNIA YANG TIDAK STABIL, MEMBELI EMAS ADALAH PELABURAN TERBAIK

Menyimpan KEKAYAAN di dalam bentuk EMAS akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.






EMAS adalah wang yang sebenarnya. Sekiranya hendak menyimpan, simpanlah dalam bentuk EMAS untuk pelaburan jangkamasa panjang, sederhana atau pendek.



BAYANGKAN… Jika anda ada menyimpan EMAS bernilai RM800 dalam 10 tahun dahulu. Kini nilainya hampir RM3,500! Sekiranya anda mula menyimpan dari sekarang, berapa pula harganya untuk 10 tahun akan datang? SUDAH PASTI nilainya akan MENINGKAT! Inilah yang dikatakan PENYIMPANAN NILAI TERUNGGUL, TERBAIK DAN TEPAT!
  • Bagaimana Untuk Memulakan Pelaburan Emas?
  • Bagaimana Membuat Keuntungan Dengan Pelaburan Emas?
  • Bagaimana Memaksimakan Keuntungan dalam Pelaburan Emas?

Ikuti artikel berkenaan dan banyak lagi dari masa ke semasa atau berhubung terus dengan Agen Labur Mas (019-2827473) anda.

Emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang.

MINGGU lepas saya dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.

Saya diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.

Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.

Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka.

Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.

Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.

Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.

Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.

Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.

Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.

Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871).

Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.

Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns.

Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?

Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.

Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.

Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.

Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.

Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam “bentuk emas” walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.

Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.

Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Saturday, November 20, 2010

>> Hukum HARUS DUIT KUTU - link
- Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

Alhamdulillah dapat lagi tulis artikel terbaru. Nak kata artikel tak lah sangat, tepi lebih kepada perkongsian pintar antara kita. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat manfaat. Dulu-dulu pernah saya mencadangkan agar semua duit kutu ditukar rupa kepada emas. Baru-baru ini saya diingatkan kembali oleh rakan dealer saya PUAN PATIMAH berhubung dengan ini. Kenapa EMAS? Jawapannya:
  1. Emas tidak mengecewakan pemiliknya. Insyaallah..percayalah. Belum rasa belum tahu, bila dah rasa, nak tambah lagi......pemilik emas untung dalam semua keadaan sama ada emas naik atau turun. Tapi ada ke harga emas turun ????.....
  2. Kenaikan harga emas adalah di antara 25%-28% setahun mengikut analisa yang telah dibuat oleh pakar-pakar ekonomi.
  3. Memiliki emas adalah aset yang terbaik kerana emas dapat mengikat nilai duit kita daripada jatuh dan lekang dek inflasi.
  4. Allah jaga dan tinggikan darjat emas di syurga. - link
  5. Emas kontra dgn USD. Apabila USD jatuh, harga emas akan melambung tinggi. Apabila ekonomi US jatuh, maka nilai emas akan lebih tinggi. Sebab apa? Sebabnya USD tidak lagi diikat dengan harga emas buat masa kini.
  6. Kita dapat menjauhkan diri kita daripada RIBA dan kelalaian terhadap masalah kewangan dunia dan peribadi.
  7. EMAS ialah kekayaan yang sebenar - aset sebenar.
  8. EMAS mempunyai nilai intrinsik - semua orang di muka bumi ini tahu EMAS adalah barang berharga.
  9. EMAS sukar diperolehi - menyebabkan harganya tinggi.

DUIT KUTU RM600 SEBULAN, INSYAALLAH KITA DAPAT MULAKAN DENGAN 1 DINAR EMAS 1 BULAN. Kita tukar konsep tabungan kita daripada kita menabung dalam bentuk duit, lebih baik kita menabung dalam bentuk emas. Insyaallah berkat dan berbaloi2. Walaupun sikit, tapi keberkatannya banyak. Insyaallah. Nak tahu lebih boleh baca lagi blog saya di bawah. Ni saya kongsi sikit kira2 keuntungan simpan dinar emas berbanding duit - link

Tahun 2011, harga emas USD2000/oz

Perhatikan dan fikirkan fakta di bawah ini, mana satu pelaburan yg kita perlu pilih.....
ASB = 8%
TABUNG HAJI = 9%
FIXED DEPOSIT = 10%
KWSP = 11%
UNIT TRUST (high risk) = 20%-30%
UNIT TRUST (low risk) = 10%
EMAS = 20%-30% to 50%- 100% to 200% to 1400%

SO?..TGK SAJE ATAU BACA SAJE?