Tuesday, October 13, 2020

Mula menyimpan emas

 Gais,


Walaupun harga emas sekarang mencecah harga tertinggi sejak tahun 2011;


Namun penganalisis berpendapat "kenaikan harga emas baru dalam fasa baru ajer bermula"


Ini bermaksud emas akan berada di dalam trend harga menaik untuk jangka masa panjang (2 tahun keatas).


Kesan pandemik covid-19 menyebabkan ekonomi dunia menguncup, pasaran saham jatuh dan ekonomi US berada dalam situasi tidak menentu. Ia sangat bagus untuk emas.


Kemudian, untuk mengatasi masalah ekonomi yang mengucup, kebanyakan negara-negara di seluruh dunia membuat pakej rangsangan ekonomi dengan nilai billion. US sendiri mencetak duit dengan jumlah 2 trillion.


Kesan cetakan duit ini akan dapat dilihat mulai sekarang. Ia akan meningkatkan inflasi seterusnya menaikkan lagi harga emas.


Jika anda baru bermula. Harap anda boleh tersenyum. Emas mempunyai masa yang masih panjang untuk naik.


Kepada anda yang sedang menyimpan emas. Sila konsisten dan istiqamah.


Sekarang masa untuk emas. 


Jika anda baru nak berjinak-jinak dengan emas, maka anda boleh bermula.


#NotaEmasSyukorHashim

No comments:

Post a Comment